Monday 30 January 2012

Darwisy sakit…
Sedihnya rasa, Darwisy kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFM). Bila tengok jari-jari ada bengkak dan ada nanah.Bila buat kajian, sebenarnya HFM ini  penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit. Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun.

Virus ini merebak melalui kontak secara lansung (direct contact) dengan titisan atau lelehan yang dikeluarkan dari mulut / hidung / najis pesakit (fecal-oral route). Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan lansung dengan  lepuh kulit (blister) pesakit.


Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasa sakit selepas 3 hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan virus ini. Kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.

Jadi sekarang ini, Darwisy duduk dengan nenek dan atuk dia. Rindu la ummi dan ayah dia. Insya-Allah, petang ini, pergi jumpa Darwisy. Semoga cepat sembuh ye sayang. Muah3x

No comments:

Post a Comment