Saturday 18 February 2012

ANUGERAH SM/SSM 2012

Pada 18 Februari 2012 (Sabtu), ada Majlis Anugerah Sales Manager dan Senior Sales Manager (SM/SSM). Bestnye rasa dapat naik stage walaupun tengah mengandung, hehe. Masa sampai kat Menara PGRM tu, jumpa dengan Aisyah dulu, ambil bunga dari Kak Salha dan Aisyah. Lama dah tak dapat bunga, last masa konvo kat UiTM tahun 2007. Lawa sangat, terima kasih banyak-banyak ye leader-leader yang disayangi.





Dapat lagi door gift dari Hai-O. Menarik kan, produk terbaru untuk anti-penuaan. Pada sesiapa yang berminat boleh cal Nurul 0196920391.



Lepas tu, tunggu la giliran nak naik pentas. Semasa tunggu tu, ada video dan ucapan dari CDM yang telah pun berjaya. Rasa bersemangat sangat bila tengok kejayaan semua. Insya-allah, Nurul dan business partner, Azura MN akan berusaha untuk capai langkah yang seterusnya. Lepas tu, dapat plak hadiah dari leader Sheila, terima kasih, cute sangat ladies wallet ni. Warna emas lagi tu! 


Dalam pukul 4 petang lebih, tibalah giliran untuk SM yang pegang kad warna oren. Masa giliran Nurul, jadi orang yang pertama untuk SM kad warna oren, semuanye atas kebijaksanaan leader, suruh beratur je dulu kat luar pintu walaupun belum dipanggil lagi.





Tup, tup, tup jadi orang yang pertama naik. Wah!Rasa glamer sangat atas pentas. Semua jurufoto ambil gambar. Apalagi, senyum melebar la Nurul. Hehe. Naik pentas pun sudah, ambil gambar pun sudah. Terus tarik Kak Salha untuk bergambar. CDM yang sangat lawa. Dressing mengancam. Vogue habis!



Pape pun, sekarang Nurul rasa lebih semangat untuk buat bisnes. Tengok tu, dua-dua pakai jubah stail sama. Business partner la katakan. Jom Azura MN. Kita terjah Karnival WOW, Putrajaya 23-26 Februari 2012. Jumpa anda di sana!

Nurul 0196920391


No comments:

Post a Comment